Individu yang dipaparkan dalam segmen Anak Wawasan edisi Julai ini ialah Muhammad Hazym Bin Zulkarnine, 16 tahun merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong. Dia telah berjaya membuktikan bahawa minatnya yang mendalam terhadap bidang usahawan telah berjaya membawa dirinya ke satu tahap yang lebih tinggi selain dapat menubuhkan syarikat kepunyaannya sendiri.

 

SEKOLAHKU: Sekolah Berinformasi Impian SMK Shahbandaraya

Sebuah sekolah yang terletak di Klang, Selangor ini nyata memberi penulis sebuah dimensi berbeza. Jika di luar kawasannya kelihatan agak padat dan sesak, namun apabila menjengah ke dalam, “cantik, bersih dan tersusun”, itu pandangan pertama penulis. Setiap ruang dinding dan sudut bangunan pula terdapat SEKOLAH BERIMPIAN SMK pelbagai info yang ditampal. Umpama sedang menyambut minggu kemerdekaan pula. Tetapi itulah keistimewaan Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya (SMK Shahbandaraya).

 

KAMPUS DALAMAN: UniSZA Tawar Jurusan & Kemudahan Terbaik

Universiti Darul Iman Malaysia (singkatan: UDM) yang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terletak di Negeri Terengganu. Universiti Darul Iman Malaysia telah ditubuhkan pada 24 Ogos 2005 sebagai institut pengajian tinggi awam (IPTA) ke-18 dan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) telah menjadi salah sebuah kampusnya.

 

KAMPUS GLOBAL: Puasa + Musim Panas Cabaran Imran & Muiz Di Jordan

Kedatangan Ramadan disambut penuh kesyukuran. Pintu taubat terbuka luas manakala ganjaran berlipat kali ganda. Di Malaysia, kita masih mampu menarik nafas lega kerana hari yang kadang kala hujan dan sejuk. Ujian dahaga tidaklah terlalu ketara. Bagi para pelajar di negara Arab, berpuasa pada musim panas memang menguji.

 

BELAJAR PENUH GAYA: 8 Perkara Wajib Buat Selepas 'Exam'

Peperiksaan pertengahan tahun telah berlalu pada bulan Mei yang lalu. Kini, pelajat sudah pun tahu keputusan peperiksaan masing-masing. Ada yang bersedih. Ada yang gembira. Ada yang menerimanya dengan penuh kesyukuran. Ada juga yang menyambutnya dengan rasa tidak puas hati dan rungutan.

 

Antara topik lain yang dimuatkan di dalam majalah Fokus SPM edisi Julai 2014 adalah Panduan Menulis Karangan Bahan Rangsangan, Hedonisme: Mengapa Terus Hantui Remaja?, Uniknya Istana Ampang Tinggi, Kenali 10 Ciri Telefon Pintar Baru, Chemistry Acids & Bases dan banyak lagi.